Sabtu, 28 Februari 2009

4 Birthday Girl...


Hari ni kami sambut Birthday. Sambutan ni untuk murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Kebetulan pula semuanya perempuan...


Ni kek nye.


Wajah-wajah Birthday Girl ( dari kiri Azlia, Yasmin, Hanisah n Niza ). Tak sabar nak potong kek...


Kawan-kawan nyanyi dulu ye...Hepi birthday to you, hepi birthday to you...


Ok tiba masa untuk potong kek...Ready 1,2,3 potong...

Sebenarnya saya terlupa pasal aktiviti rutin sambutan hari lahir murid. Tahu-tahu je PPM kata dia dah tempah kek birthday. Hadiah pun saya tak sempat carikan. InsyaAllah hadiah akan menyusul. Walaupun sederhana tapi tetap meriah.

Rabu, 25 Februari 2009

Permainan kanak-kanak 2



p/s : Carikan huruf permulaan bagi setiap nama yang disebut. Selamat mencuba

Rabu, 18 Februari 2009

Aktiviti Kumpulan


Hari ini kami buat aktiviti kumpulan untuk Komponen Bahasa Melayu.
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan 1 - Mengecop dan mewarna huruf b.
Kumpulan 2 - Mencari, menggunting dan menampal huruf b.
Kumpulan 3 - Menulis huruf b dalam program komputer ( Paint ).


Yasmin tengah sibuk mewarnakan huruf b. Tapi bukan je huruf b, huruf q pun ade gak.



Em...Fatini dan Syahmer tengah tekun menggunting huruf b.




Emylia tengah melukis huruf b sambil diajar oleh Natasha. Muka Natasha tak kuar pulak...tangan je dapat snap tadi. hehehehe.....



Nie le hasil kerja kumpulan 1. Huruf q pun ade?


Hasil kerja kumpulan 2. Tunggang terbalik huruf b mereka tampal. Ok la tu...



Hasil kerja kumpulan 3 boleh tahan juge ye...


Ok la. Setakat ini dulu..Jumpa lagi.

Selasa, 17 Februari 2009

Lagu Sunnah Berjuang dari Album Nostalgia Nada Murni - Rabbani


Kelas Saya :-)



Inilah pintu masuk kelas saya.....jeng...jeng...jeng.....



Inilah grill pra kami cantik tak



Yang ini pulak meja saya...hehehee



Ini pulak tempat saya berkaraoke ngan murid-murid



Ini pentas yang digunakan untuk murid buat persembahan hmmmm...



Ini tempat bersemayam semua murid kesayangan....



Sudut Tekonologi



Dapur

Oklah la cukup dulu ek nanti saya sambung lagi bagi suspen sikit hehehe ok

Harap boleh bagi inspirasi pada kawan2 lain....wassalam

Ahad, 15 Februari 2009

Murid dah pandai nyanyi lagu ABC versi baru


Ini la lagunya best tau.........selalunya lagu ABC agak lambat. mengantuk rasanya nyanyi dengan murid. Ini lagu ada unsur rock skit hehehe


Selamat Mencuba hehehee...

Takwim Tahunan Prasekolah 2009




Sabtu, 14 Februari 2009


Selamat datang ke laman blog saya.