Isnin, 17 Mei 2010

Kad Hari Guru



Kad Selamat Hari Guru daripada Menteri Besar Perak yang diterima pagi tadi sempena sambutan Hari Guru tahun ini.

Hadiah Hari Guru


Setiap tahun kita sebagai pendidik akan menyambut Hari Guru...Em dah hampir 6 tahun saya menjadi guru. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar guru. Seperti guru lain, guru prasekolah juga mendapat penghargaan daripada anak-anak didik kita. Walaupun tak lah banyak hadiah yang dapat...tapi ianya pasti memberikan kenangan terindah buat kita kan! Terima kasih buat anak murid iaitu Hamim, Luqman, Qistina dan Fatini atas hadiah yang diberi.


Hadiah daripada Hamim. Ble le letak pen, pensel dan lain-lain :)


Hadiah daripada Luqman. Cantiknye...


Hadiah daripada Qistina. Ble minum guna cawan comel ni :)


Hadiah daripada Fatini. Ada banyak coklat dalam kotak ini...Yummy!

Isnin, 10 Mei 2010

Suku Kata Tertutup ( KVK )


Post baru untuk kawan-kawan iaitu slide powerpoint Suku Kata Tertutup (KVK). Kawan-kawan boleh download di ruangan download bahan ye...










Selasa, 4 Mei 2010

Kraf Sarung Kaki


Bahan : Template gambar sarung kaki, krayon, gunting, stapler dan riben.


Warnakan gambar stokin...


Dah siap warna. Lepas ni, guntingkan.


Gambar stokin yang dah siap digunting.


Ketip bahagian tepi setiap penjuru gambar stokin.


Akhir sekali, letakkan riben sebagai hiasan.

Jom lihat hasil kerja anak murid saya hari ini :


Hasil kerja Azlia, Maisarah, Niza, Qistina dan Mira.


Hasil kerja Fatini, Anis, Fadilah dan Hidayah.


Hasil kerja Hakim, Hamim, Luqman, Fakis dan Aiman.


Hasil kerja Haziq, Irfan, Zakuwan, Lau, Alif dan Megat.



Birthday Maisarah


Semalam adalah hari lahir Maisarah yang kelima. Walau bagaimanapun sambutannya diadakan di sekolah hari ini. Semoga Maisarah panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah dan selamat dunia dan akhirat.


Kek hari lahir Maisarah...pink colour.


Inilah Maisarah.


Maisarah nak potong kek ni...


Sebelum pulang, Maisarah ada ole-ole untuk kawan-kawan.
Terima kasih Maisarah.

Pohon Ilmu


Daun-daun yang saya uploadkan dalam blog ni pun dah siap di laminated dan digunting oleh PPM. Saya pun apa lagi...tampalkan saja le pada mural pokok yang sedia ada...Siap lah sudah pohon ilmu...murid pun teruja sambil membaca perkataan-perkataan yang terdapat pada daun pokok tu.


Pohon ilmu...


Zoom lebih dekat...nampak tak perkataannya?

Istana Perkataan


Akhirnya siap pun istana ni...dah penuh dengan perkataan mudah dalam bahasa inggeris. Istana ni dah lama ada sebagai mural. Bila layari laman web sparklebox dapat pula idea nak letak batu bata pada dinding istana...Inilah hasilnya.


Zoom skit....


Zoom dari pandangan sisi...


Zoom dekat lagi...


Inilah istana perkataan...
 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012