Isnin, 17 Mei 2010
Hadiah Hari Guru
Setiap tahun kita sebagai pendidik akan menyambut Hari Guru...Em dah hampir 6 tahun saya menjadi guru. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar guru. Seperti guru lain, guru prasekolah juga mendapat penghargaan daripada anak-anak didik kita. Walaupun tak lah banyak hadiah yang dapat...tapi ianya pasti memberikan kenangan terindah buat kita kan! Terima kasih buat anak murid iaitu Hamim, Luqman, Qistina dan Fatini atas hadiah yang diberi.
Isnin, 10 Mei 2010
Suku Kata Tertutup ( KVK )
Post baru untuk kawan-kawan iaitu slide powerpoint Suku Kata Tertutup (KVK). Kawan-kawan boleh download di ruangan download bahan ye...
Selasa, 4 Mei 2010
Birthday Maisarah
Semalam adalah hari lahir Maisarah yang kelima. Walau bagaimanapun sambutannya diadakan di sekolah hari ini. Semoga Maisarah panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah dan selamat dunia dan akhirat.
Pohon Ilmu
Daun-daun yang saya uploadkan dalam blog ni pun dah siap di laminated dan digunting oleh PPM. Saya pun apa lagi...tampalkan saja le pada mural pokok yang sedia ada...Siap lah sudah pohon ilmu...murid pun teruja sambil membaca perkataan-perkataan yang terdapat pada daun pokok tu.
Istana Perkataan
Akhirnya siap pun istana ni...dah penuh dengan perkataan mudah dalam bahasa inggeris. Istana ni dah lama ada sebagai mural. Bila layari laman web sparklebox dapat pula idea nak letak batu bata pada dinding istana...Inilah hasilnya.
Langgan:
Catatan (Atom)