Sabtu, 9 Mei 2009

Hari Ibu


Ahad ini kita semua akan menyambut hari ibu. Murid Prasekolah saya juga tidak ketinggalan untuk menyambutnye. Kami membuat kad ucapan hari ibu kahs buat ibu yang tersayang.


Bahan : kad manila, gunting, gam, gambar dan glitter.


Warnakan gambar dulu...


Kemudian, guntingkan gambar.


Tampal gambar pada kad manila. Tampal atas sikit tau sebab nak letak ayat di bawahnya.


Tampal pula ayat "Selamat hari Ibu".


Tampal pula untuk bahagian ucapan.


Macam ni la rupa kad nye. Tapi belum siap lagi tau...


Letakkan glitter pada ayat "selamat hari ibu". Ayat itu pasti berkilat-kilat.


Inilah hasil kerja murid yang telah siap. Cantik kan ! Selamat Hari Ibu pada semua yang bergelar ibu. Mak...kak yang sayang mak...muah!

0 Coretan:

Catat Ulasan

Download Bahan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012