Sabtu, 20 Jun 2009

Topeng Haiwan Jinak


Em dah lama tak update kan...rindu rasanye. Semalam murid saya membuat topeng haiwan jinak. Dah minta buat dari hari Rabu lagi...Sebabnye saya ade buat cerita pendek tentang kisah arnab dan kura-kura. Saya minta murid berlakon dengan memakai topeng...seronok betul murid-murid dapat berlakon dan mereka memang berbakat. Itu lah sebabnye mereka nak memiliki topeng sendiri pula. Mari kita tengok hasil kerja mereka...


Warnakan gambar dengan krayon / oil pastel.


Gamkan gambar pada pinggan kertas.


Setelah kering, guntingkan gambar ikut bentuk asal.


Tebukkan lubang untk membuat mata.


Inilah hasil kerja murid saya. Ada topeng anjing, topeng kambing, topeng arnab, topeng kucing dan topeng lembu.


Bergambar kenangan bersama topeng masing-masing. Tenyata murid sangat gembira dan seronok dapat membuat topeng sendiri.

0 Coretan:

Catat Ulasan

Download Bahan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012