Jumaat, 17 Julai 2009

Ladybird Table Setting


Hari ni untuk aktiviti KDE kami buat LadybirdTable Setting. Jom buat...


Templat gambar ladybird.


Warnakan gambar mengikut warna ladybird.


Bila dah siap warna, masukkan gambar dalam laminating film. Ble minta tolong PPM buatkan.


Laminated kan gambar itu.


Gunting mengikut bentuk ladybird.

Inilah antara hasil kerja yang sempat di snap untuk tatapan anda.


Hasil kerja Umie Natasha.


Hasil kerja Aliff Hazzmin.


Hasil kerja Nurshaqila.


Ini pula hasil kerja yang rela ditinggalkan oleh anak murid saya. Thanks untuk Akmal, Siti Nabila, Ainul Naim, Lukman Lil Hakim dan Aliff Hazzmin.

Anak Pokok Bendi Dah Tumbuh !!!



Ini lah gambar anak pokok bendi yang kami tanam. Seronoknye bila dah tumbuh. Tak sabar nak tunggu pokok nie besar dan keluarkan buah.

Rama-rama


Mudah saja nak buat kraf rama-rama. Bahan pun mudah di dapati iaitu templat rama-rama( buat sendiri ), straw, gunting, krayon dan stepler.


Templat rama-rama. Untuk mudahkan kerja, lipat 2 kertas A4 dan lukis bentuk rama-rama.


Templat yang sudah digunting.


Buat design pada bahagian dalam rama-rama. Bila dah siap, gunting straw dengan membelah tengah di bahagian hujung straw. Kemudian ambil rama-rama dan stepler. Buka kepak rama-rama. Mari tengok antara hasil kerja anak murid saya.


Hasil kerja Azlia.


Hasil kerja Syahmer.


Hasil kerja Hanisah.


Hasil kerja Salehah.


Hasil kerja Irfan.

Rabu, 15 Julai 2009

Projek Tanaman Sayur


Masa g taklimat 2 minggu sudah, semua prasekolah Daerah Btang Padang telah di bekalkan dengan peralatan untuk berkebun seperti pasu, tanah, baja, serampang, dan lain-lain. Tujuannye apa lagi nak suruh berkebun le...prasekolah saya juge talah menjalankan projek tanaman sayur. Untuk permulaaan kami memilih sayur bendi...Projek rintis ni...Setiap murid ada pokok angkat masing-masing. Setiap pagi mereka akan bergilir-gilir menyiram pokok bendi mereka. Jom lihat tapak kawasan....



Nanti bila dah tumbuh saya akan tunjukkan gambar pokok bendinye tau. 6 orang murid je yang dapat tanam dalam pasu, yang lain anam atas tanah terus. Nak buat macam mana pasu dapat 6 biji je....apa pun murid enjoy dengan projek ni...

Insects






Slaid tema Serangga yang boleh digunakan dalam pnp kite. Rajin sila le download...

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012