Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan

Isnin, 6 Februari 2012

Tanam Sayur


Projek tanaman terung ni dah mula tahun lepas...Selain terung ada lagi tanaman lain seperti kunyit, serai dan ubi kayu. Tapi kunyit tu dah mati le pulak. Mungkin sebab tanam kat tempat panas...Jom layan gambar kat bawah.

Pokok terung yang kami tanam...

Buah terung...kurang baja kot. Sebab tu tak berapa cantik hehehe....

Lagi gambar pokok terung...



Isnin, 26 April 2010

Projek Tanam Sayur Siri 2


Hari ini murid-murid menanam biji benih sayur. Bersemangat sungguh mereka nak bercucuk tanam. Pagi-pagi lagi dah bertanya bila nak tanam sayur...


Baru selesai tanam terung.


Murid lelaki pilih tanam sayur sawi.


Murid perempuan pula nak sayur bayam.



Siram sayur!

Apa pun murid sangat seronok dengan aktiviti ini. Murid juga di pesan supaya menyiram pokok sayur mereka setiap pagi. Tak sabar nak tunggu hasilnya...

Ahad, 25 April 2010

Projek Tanam Sayur Siri 1


Sabtu lepas murid bergotong-royong membersihkan kawasan belakang prasekolah untuk tapak tanaman sayur kami. Nak berbudi kepada tanah le pulak...Murid sangat teruja dan seronok buat aktiviti ni.


Murid lelaki sedang mencangkul, merumput dan menyusun batu.


Murid perempuan yang berenam ni tengah menggembur tanah dalam pasu...


Apa tu Aiman? Ada semut masuk baju ke?

Em hari ni kami bersihkan kawasan dan buat batas je. InsyaAllah hari Isnin nanti kami akan mula menanam sayur. Em tak sabarnye! Tunggu aksi dalam siri 2 pulak. Bye!

Jumaat, 17 Julai 2009

Anak Pokok Bendi Dah Tumbuh !!!



Ini lah gambar anak pokok bendi yang kami tanam. Seronoknye bila dah tumbuh. Tak sabar nak tunggu pokok nie besar dan keluarkan buah.

Rabu, 15 Julai 2009

Projek Tanaman Sayur


Masa g taklimat 2 minggu sudah, semua prasekolah Daerah Btang Padang telah di bekalkan dengan peralatan untuk berkebun seperti pasu, tanah, baja, serampang, dan lain-lain. Tujuannye apa lagi nak suruh berkebun le...prasekolah saya juge talah menjalankan projek tanaman sayur. Untuk permulaaan kami memilih sayur bendi...Projek rintis ni...Setiap murid ada pokok angkat masing-masing. Setiap pagi mereka akan bergilir-gilir menyiram pokok bendi mereka. Jom lihat tapak kawasan....



Nanti bila dah tumbuh saya akan tunjukkan gambar pokok bendinye tau. 6 orang murid je yang dapat tanam dalam pasu, yang lain anam atas tanah terus. Nak buat macam mana pasu dapat 6 biji je....apa pun murid enjoy dengan projek ni...
 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012