Ahad, 25 April 2010

Projek Tanam Sayur Siri 1


Sabtu lepas murid bergotong-royong membersihkan kawasan belakang prasekolah untuk tapak tanaman sayur kami. Nak berbudi kepada tanah le pulak...Murid sangat teruja dan seronok buat aktiviti ni.


Murid lelaki sedang mencangkul, merumput dan menyusun batu.


Murid perempuan yang berenam ni tengah menggembur tanah dalam pasu...


Apa tu Aiman? Ada semut masuk baju ke?

Em hari ni kami bersihkan kawasan dan buat batas je. InsyaAllah hari Isnin nanti kami akan mula menanam sayur. Em tak sabarnye! Tunggu aksi dalam siri 2 pulak. Bye!

0 Coretan:

Catat Ulasan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012