Jumaat, 9 Oktober 2009

Boneka Ulat


Boneka Ulat ni saya pernah buat ketika Kursus Pembinaan Boneka tahun lepas. Jadi sempena tema pakaian, saya pun mencuba buat bersama murid-murid. Seronok betul murid yang dapat buat boneka ulat pada hari ni.
Em ada juga yang tak bawa stokin, jadi mereka hanya dapat tengok sahaja...nak buat tak ada bahan. Sudah dipesan dari hari Selasa tapi tak bawa juga...Entah lah..Ok lupakan hal itu.
Bahan nak buat boneka ulat :
  • Stokin bola
  • Kertas surat khabar
  • Getah gelang
  • Mata boneka ( 2 utk 1 murid )
  • Kayu cucuk sate
Cara-cara :
  • Renyuk kertas surat khabar jadi bentuk bulatan.
  • Masukkan dalam stokin.
  • Ikat dengan getah gelang.( Supaya mudah murid ikat. Jika guna benang bulu kambing, alamtnye cikgu le yg kene buat. Alasannye tak tahu nak ikat. Biasa lah tu kan )
  • Buat la sehingga ke hujung stokin. Lagi banyak bulatan yang diikat, lagi cantik ulat tu...
  • Em bila dah sipa, jagan lupa lekatkan mata dan cucuk lidi sate pada kepala dan hujung badan ulat.
Meh kite tengok gambar di bawah...em anak murid saya ble buat, anda pun ble cuba pada anak murid. Pasti mereka seronok...


Murid dengan boneka masing-masing


Ni Fatini punyer boneka. Cantik tak?


Hasil kerja Syahmer.

0 Coretan:

Catat Ulasan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012