Ahad, 1 November 2009

Makan KFC


Seperti yang dijanjikan saya telah membawa 8 orang murid Prasekolah ke Restoran KFC di Tanjung Malim hari ini. Kami g dalam pukul 11 pagi. Kiranye nak g makan tengah hari le. Murid-murid dah tunggu kat sekolah seawal mungkin. Kelihatan semuanye berwajah ceria. Seronok nak g makan KFC. Sebelum pergi dulu ada yang dah tanye, Tanjung Malim tu jauh ke cikgu. Alahai, sedihnye dengar. Itu baru ke Tanjung Malim, belum legi masuk ke Restoran KFC. Itu yang membuatkan saya dan PPM nak juge bawa mereka ke Restoran KFC. Biar mereka merasa makan di restoran sebegitu. Dalam perjalanan, sempat juge bertanya pada murid-murid berapa kali pernah pergi ke KFC, ada sorang murid tu kata inilah pertama kali dia nak g KFC. Sayu hati mengdengarnye... Tak apalah...apa pun ceritanye, yang penting murid gembira hari ini. Melihat mereka seronok, ceria dan gembira membuatkan saya gembira. Inilah penghargaan saya hasil kejayaan mereka.


Murid tengah menunggu makanan. PPM dan my lovely hubby tengah dok agihkan ayam goreng dan air...Yummy!!!


Senyum....macam tak sabar nak makan jer. Sabor !

0 Coretan:

Catat Ulasan

Download Bahan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012