Isnin, 4 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan 2010


Salam. Hari ni hari pertama buka sekolah. Sebagai guru prasekolah pula kita juga teruja nak sambut anak-anak baru pada tahun ini. Alhamdulillah hari ni tak seperti tahun lepas, anak murid tak ramai yang menangis mahukan ibu bapa. Ada 2 orang je yang beremosi hari ini...sedih nak berpisah dengan ibu bapa. Lepas rehat yang sorang dah ok tapi yang sorang lagi meraung nak ibunye...terpaksalah ibunye belajo sekali dengan anaknye...hai ragam anak-anak yang baru nak mengenal alam persekolahan kan. Semoga esok dan hari yang berikutnya mereka akan selesa datang ke sekolah dan yang pasti bergembira dan bersemangat untuk menimba ilmu...Pada diri sendiri saya harap dapat mengajar dengan lebih baik dari tahun lepas...Bagaimana dengan rakan-raan semua? SELAMAT MENJALANKAN TUGAS PADA SEMUA. PRESCHOOL TEACHER IS THE BEST !

0 Coretan:

Catat Ulasan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012