Jumaat, 23 April 2010

Pertandingan Isi Air Dalam Botol


Hari ini saya adakan pertandingan isi air dalam botol dengan menggunakan sudu. Oleh kerana murid ada yang tak bawa botol, saya buat aktiviti kumpulan. Mujur juga dah buat persediaan...cikgu bawa botol sendiri..tapi yang besar punya...kikiki. Saya tetapkan masa selama lebih kurang 20 minit untuk aktiviti ini. Kumpulan yang berjaya mengisi air dalam takat yang tertinggi adalah juara...


Kumpulan Azlia dan Kumpulan Hakim sudah bersedia.


Kumpulan Maisarah dan Kumpulan Aiman juga sudah sedia.


Pritttt...mula !


Apa yang penting...kerjasama!


Dah nak penuh ni...bakal juara. Cepat...cepat..cepat..Hadiah menanti juara !


Kumpulan Azlia juara pertandingan hari ini. Gaya juara. Senyum lebar sambil terbayang hadiah le tu.....


Tempat kedua...Haziq basah kuyup !


Tempat ketiga. Senyum le skit...


Tempat ke 4. Em lain kali perlu lebih kerjasama tau!

0 Coretan:

Catat Ulasan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012