Isnin, 26 Julai 2010

Rojak Buah


Hari terakhir untuk tema buah-buahan, kami buat projek membuat rojak buah. Em seronoknye murid-murid nak buat rojak buah.
Bahan-bahan untuk rojak buah :
1. Kuah rojak ( beli je kat pasar tani )
2. Jambu batu
3. Jambu air
4. Timun
5. Buah kedondong
6. Epal
7. Sengkuang
8. Buah lai
Thanks for Niza yang bawa epal, Maisarah yang bawa buah lai, Megat yang bawa jambu batu dan Lau Kok Ta yang bawa buah kedondong satu plastik besar...Terima kasih juga pada Azlia, Hamim, Aiman, Irfan dan Shafie yang bawa timun...


Buah-buahan yang telah siap dipotong. Untuk keselamatan cikgu le tolong potongkan.


Masukkan semua jenis buah-buahan dalam satu bekas besar dan tuangkan kuah rojak. Kemudian gaulkan bersama-sama sehingga sebati macam dalam gambar kat atas. Untuk aktiviti ini boleh la minta murid yang buat...
Apabila dah siap, rojak buah dibahagikan kepada setiap murid.
SeLamaT MencuBa !!!

0 Coretan:

Catat Ulasan

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012