Rabu, 25 Ogos 2010

Perkataan KVKVKV













Inginkan slide ini? sila download di bawah :)

Selasa, 24 Ogos 2010

Lagu 12 Bulan


Lagu 12 Bulan

Januari, Februari, Mac, April dan Mei
Jun, Julai, Ogos, September
Oktober, November, Disember
Semuanya nama bulan
Di dalam setahun
Berapa bulan? Berapa bulan?
12 bulan semuanya.

( Tune : Bangun Pagi Gosok Gigi )



Lagu di atas boleh digunakan ketika mengajar tajuk nama-nama bulan. Melalui menyanyi murid mudah ingat. Nak kad imbasan kalendar di atas boleh download di bawah ye...

Rabu, 11 Ogos 2010

Hari Pertama Puasa


Hari ini hari pertama cabaran anak-anak muridku berpuasa. Awal pagi nampak semua ceria dan seronok. Dalam hati kata, ok kot anak murid tahun ini. Bila dah lepas rehat mula le seorang dua datang bertanya bila nak makan? hari ni tak de makan ke teacher? bila kita nak rehat teacher? Em nak belajar pun tak ada mood...Kasihan pun ada. Hari pertama memang le macam tu. Tak biasa lagi...harapanku hari yang seterusnya akan bertambah baik...


Em letihnye puasa...bestnye dapat baring !

SeLaMat BerPuaSa. JangaN PonTenG PuAsa Tau ! NanTi TaK BoleH RayA...

Hasil Karya Alam Semulajadi


Aktiviti ini mudah saja. Guru bawa murid keluar ke kawasan sekolah. Sambil meneroka tu, minta le murid ambil dan kutip bahan semulajadi seperti daun, bunga, ranting dan sebagainya. Aktiviti Nature Walk le ni kan...Masuk kelas, guru sediakan kertas lukisan, gam seletip dan gunting untuk murid menghasilkan karya menggunakan bahan yang telah mereka kutip. Guru boleh memberi bimbingan disamping mendengar idea kreatif anak murid dan membantu mereka merealisasikan idea mereka itu....Jom tengok beberapa hasilan kreatif anak murid saya.


Sangat kreatif dan saya amat menyukainya.


Cantik kan?


Cantik. Daun besar kat bawah tu mewakili batu...Apa2 je lah.


Simple tapi menarik.


Yang ini pun cantik.


Simple dan kreatif...

SeLaMat MencuBa !

Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi





SeLaMat MenjaLani Ibadah PuaSa kepada SeMua Rakan Blogger... :)

Selasa, 3 Ogos 2010

Flower Crown


Bahan-bahan yang digunakan :
1. Template bunga
2. Krayon / pensel warna
3. Gunting
4. Gam
5. Kad manila ( untuk buat asas mahkota )

Cara nak buat :


Warnakan template bunga macam gambar kat atas. Sila download template kat ruangan download bahan ye.



Dah siap warna, minta murid guntingkan gambar bunga itu.


Kemudian tampalkan setiap kmtum bunga pada kad manila untuk menghias mahkota. Pastikan ukur lilit kepala murid dibuat..nanti tak muat pulak :)
Dah siap tampal bunga...mahkota sedia untuk dipakai.

HaSiL KeRja MuriD


Opss seksi skit hehehe...Hasil kerja Maisarah, Qistina, Mira dan Niza.


Comelnye...Tahniah Azlia, Fatini, Anis dan Rina.


Cerianye Luqman, Shafie, Hakim dan Zakuwan dapat buat Flower Crown...


Very cute ! Aiman, Haziq dan Megat...


Hasil kerja Fadilah...bergambar sorang diri je.Jangan marah...

SeLamaT MenCuBa

 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012