Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Mei 2010

Hadiah Hari Guru


Setiap tahun kita sebagai pendidik akan menyambut Hari Guru...Em dah hampir 6 tahun saya menjadi guru. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar guru. Seperti guru lain, guru prasekolah juga mendapat penghargaan daripada anak-anak didik kita. Walaupun tak lah banyak hadiah yang dapat...tapi ianya pasti memberikan kenangan terindah buat kita kan! Terima kasih buat anak murid iaitu Hamim, Luqman, Qistina dan Fatini atas hadiah yang diberi.


Hadiah daripada Hamim. Ble le letak pen, pensel dan lain-lain :)


Hadiah daripada Luqman. Cantiknye...


Hadiah daripada Qistina. Ble minum guna cawan comel ni :)


Hadiah daripada Fatini. Ada banyak coklat dalam kotak ini...Yummy!

Khamis, 19 November 2009

Hadiah Kenangan


Hari ni saya dapat hadiah kenangan daripada anak murid yang boleh dikira sebagai murid yang aktif dan lasak dalam kelas. Sebulan yang lalu ada dia memberitahu saya nak beri cikgu hadiah kenangan...tapi saya buat tak endah je. Saya senyum je bila dia cakap macam tu. Tak sangka semalam saya betul-betul dapat hadiah kenangan itu. Bukan je tuk saya, untuk PPM dan anak dara saya, Anaqah Amjad pun ada juga. Apapun terima kasih cikgu Zila ucapakan pada Akmal atas hadiah kenangan itu. Nak tengok hadiahnye?


Inilah hadiahnye.
 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012