Memaparkan catatan dengan label kraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kraf. Papar semua catatan

Selasa, 14 Jun 2011

Heart-shape Glasses






Cantik tak? Murid-murid memang seronok buat cermin mata berbentuk hati untuk aktiviti seni pada hari ini. Murid seronok guru pun seronok walaupun banyak guru yang tolong buat daripada murid...Ok la tu janji semua happy.

Selasa, 10 Mei 2011

Bas Oh Bas


Aktiviti kreativiti dan estetika hari ini, murid-murid buat binaan bas.
Bahan :
1. kotak kasut
2. template gambar tingkap bas dan muka bas ( buat sendiri je )
3. pensel warna, gam, gunting dan double tape.

Jom layan gambar beberapa hasil kerja murid-murid yang sempat di snap heheheh.....






Comel tak bas yang mereka hasilkan ? Selamat mencuba di kelas kawan-kawan. Bye !

Sabtu, 7 Mei 2011

Boneka Beg Kertas


Salam...lamanya tak menulis kat blog ni. Em baru-baru ni kami buat kraf boneka katak dengan beg kertas. Jom tengok !

Warnakan template

Gunting template


Tampal template pada kad manila


Lekatkan mata katak begini...


Tampalkan tangan dan lidah katak. Boneka siap untuk digunakan. Ong gedek gedek....
 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012