Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan

Ahad, 1 November 2009

Makan KFC


Seperti yang dijanjikan saya telah membawa 8 orang murid Prasekolah ke Restoran KFC di Tanjung Malim hari ini. Kami g dalam pukul 11 pagi. Kiranye nak g makan tengah hari le. Murid-murid dah tunggu kat sekolah seawal mungkin. Kelihatan semuanye berwajah ceria. Seronok nak g makan KFC. Sebelum pergi dulu ada yang dah tanye, Tanjung Malim tu jauh ke cikgu. Alahai, sedihnye dengar. Itu baru ke Tanjung Malim, belum legi masuk ke Restoran KFC. Itu yang membuatkan saya dan PPM nak juge bawa mereka ke Restoran KFC. Biar mereka merasa makan di restoran sebegitu. Dalam perjalanan, sempat juge bertanya pada murid-murid berapa kali pernah pergi ke KFC, ada sorang murid tu kata inilah pertama kali dia nak g KFC. Sayu hati mengdengarnye... Tak apalah...apa pun ceritanye, yang penting murid gembira hari ini. Melihat mereka seronok, ceria dan gembira membuatkan saya gembira. Inilah penghargaan saya hasil kejayaan mereka.


Murid tengah menunggu makanan. PPM dan my lovely hubby tengah dok agihkan ayam goreng dan air...Yummy!!!


Senyum....macam tak sabar nak makan jer. Sabor !

Program RIMUP dan Hari Kanak-kanak


Hari Jumaat ( 30 Okt 2009 ) sekolah kami telah mengadaka Program RIMUP dan Hari Kanak-kanak bersama dengan SJKT Ladang Cluny. Murid prasekolah juge terlibat dengan acara sukaneka dan juge persembahan. Kami buat je persembahan tarian rampai tradisional yang kami menang hari tu...hehehe. Mana sempat nak latih...Ok la tu, daripada takde kan


Murid berkumpul di tapak perhimpunan...Ni semua tengok belakang coz tetamu dah sampai iaitu guru-guru dan murid-murid dai SJKT Ladang Cluny. Selamat datang...


Slot pagi dipenuhi dengan acara sukaneka. Yareba...lari....


Anak muridku membuat persembahan...siap dapat tepukan gemuruh lagi...hahahah


Persembahan tarian india oleh murid SJKT Ladang Cluny. Macam tengok filem tamil lak. Kelas gitu....


Penyampaian hadiah untuk Tokoh Kanak-kanak iaitu Nur Hanis Shahirah. Yeh dapat hadiah....

Begitulah majlis Hari Kanak-kanak di sekolah kami. Majlis sederhana tetapi meriah. Anak murid gembira sebab dapat hadiah. Murid dapat guru pun dapat....Tq.
 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012