Rabu, 28 Oktober 2009

Penyampaian Hadiah Karnival


Majlis penyampaian hadiah Karnival Prasekolah Daerah Batang Padang telah diadakan pada hari Isnin iaitu pada perhimpunan pagi. Seronoknye murid dapat hadiah masing-masing...


Bergambar bersama Guru Besar ( Pn Nasriah bt Othman ). Em Fatiha tak hadir hari tu, jadi 7 orang je la yang bergambar.


Ni la hero ( Rizal ) yang dapat banyak hadiah...memang berbaloi-baloi.

Ahad, 25 Oktober 2009

Karnival Prasekolah Daerah Batang Padang 2009


Tarikh : 24 Oktober 2009
Tempat : SK Seri Besout

Seawal jam 7.30 pagi saya, PPM dan 8 orang anak murid bertolak untuk meneruskan perjuangan. Macam nak berperang pula...em nak ke Karnival Prasekolah. Maklumlah tahun nie pertama kali kami melangkah ke peringkat daerah...persiapan alhamdulillah dah di buat dalam seminggu ni.Tinggal nak buat persembahan yang terbaik. Siap buat baju baru lagi...kesian kat tukang jahit sebab kena buat dalam masa seminggu baju tu. Sampai kat sekolah seri besout, kami daftar diri n letak barang dan terus ke kantin tuk acara mewarna. Ada la pula sorang anak murid yang pening pala coz dalam perjalanan tadi muntah. risau pula hati takut dia tak ble menari jap lagi...mujur la pas makan dia ok. Rupanya tak sarapan lagi...dah pesan suh sarapan dulu di umah. Agaknye excited nak g menari kot.

Sementara yang lain bersipa untuk acara tarian, cek anta Rizal untuk acara mengeja perkataan. Perh...saingan sengit giler. Dah sampai pusingan tambahan yang ke4 pun masih tiada yang tersingkir. Soalan pun dah habis. Terpaksa pula hakim bincang sesama mereka buat soalan baru...em pastu semua la tersungkurnye...ada 2 orang yang nampak macam ok dipilih untuk tempat pertama dan kedua. Rizal dan 3 orang lagi bertanding tuk rebut tempat ke 3. Rezeki anak murid cek la dapat no. 3 dengan mengeja perkataan "persaingan". Tahniah Rizal !

Tarian rampai tradisional memang ditunggu. Giliran kami jadi nombor 2 lak coz ada zon yang tarik diri. Apapun anak murid dah perform dengan begitu baik sekali... nanti u all tengok le video kat bawah...sempat rakam lagu belakang je coz bz ambik gambar. Ble la kan. Alhamdulillah juga acara nie kami dapat no. 3 juge. Tahniah sekali lagi.

Terima kasih juge nak ucap pada ibu bapa yang datang jauh dari ulu slim ke seri besout tuk tengok anak-anak buat persembahan. Mereka juge banyk tolong dalam menyiapkan anak masing-masing. Kebanggaan terpancar di wajah mereka sebab sekolah kami SK Ulu Slim tak pualang dengan tangan kosong. Berbaloi-baloi...hehehe



Video Tarian Rampai Tradisional

Sabtu, 17 Oktober 2009

Misi Menyelamatkan Kucing


Sewaktu kami sedang membersihkan kawasan kebun bendi, saya dikejutkan dengan penemuan seekor kucing yang cedera oleh murid prasekolah. Patutlah mereka beria-ia benarpergi ke tepi pagar. Rupa-rupanya mereka tengok anak kucing yang cedera itu. Saya pun mengambil kucing itu dan merawat bersama anak-anak murid.


Ini lah kucingnye. Comel tak? Kesian dia cedera tau...


Kecederaan yang dialami oleh kucing ini...mujur matanya tak buta.

Ahad, 11 Oktober 2009

Karnival Prasekolah Zon 6 Daerah Batang Padang


Tarikh : 10 Oktober 2009
Tempat : SK Slim Village.


Umie Natasha mewakili acara Deklamasi Sajak


Ainul, Syahmer dan Amir mewakili sekolah untuk acara Mewarna.



Rizal mewakili acara Mengeja Perkataan.


Emylia mewakili acara Menyusun Perkataan


Pasukan tarian bergambar sebelum membuat persembahan.


Persembahan lagu pertama Lodeh Mak Lodeh.


Persembahan lagu kedua Kenek-Kenek Udang.


Ucapan perasmian penutup oleh Pengerusi Zon 6, Guru Besar SK Slim Village.

Keputusan :
Deklamasi Sajak - Naib Johan
Mengeja Perkataan - Johan
Bercerita Bahasa Melayu - Ketiga ( Gambar tak sempat nak snap )
Tarian dan Gerakan - Johan

Begitulah keputusannya. Apa pun saya rasa puas hati dengan persembahan anak murid. Mereka dah lakukan yang terbaik pada hari itu. Berbaloi segala latihan yang telah dibuat. Masing-masing senyum gembira sebab tahun ni menang banyak hadiah. Cikgu dia pun tumpang bangga la. hahahaha....Tahniah untuk anak-anak murid ku....

Jumaat, 9 Oktober 2009

Boneka Ulat


Boneka Ulat ni saya pernah buat ketika Kursus Pembinaan Boneka tahun lepas. Jadi sempena tema pakaian, saya pun mencuba buat bersama murid-murid. Seronok betul murid yang dapat buat boneka ulat pada hari ni.
Em ada juga yang tak bawa stokin, jadi mereka hanya dapat tengok sahaja...nak buat tak ada bahan. Sudah dipesan dari hari Selasa tapi tak bawa juga...Entah lah..Ok lupakan hal itu.
Bahan nak buat boneka ulat :
  • Stokin bola
  • Kertas surat khabar
  • Getah gelang
  • Mata boneka ( 2 utk 1 murid )
  • Kayu cucuk sate
Cara-cara :
  • Renyuk kertas surat khabar jadi bentuk bulatan.
  • Masukkan dalam stokin.
  • Ikat dengan getah gelang.( Supaya mudah murid ikat. Jika guna benang bulu kambing, alamtnye cikgu le yg kene buat. Alasannye tak tahu nak ikat. Biasa lah tu kan )
  • Buat la sehingga ke hujung stokin. Lagi banyak bulatan yang diikat, lagi cantik ulat tu...
  • Em bila dah sipa, jagan lupa lekatkan mata dan cucuk lidi sate pada kepala dan hujung badan ulat.
Meh kite tengok gambar di bawah...em anak murid saya ble buat, anda pun ble cuba pada anak murid. Pasti mereka seronok...


Murid dengan boneka masing-masing


Ni Fatini punyer boneka. Cantik tak?


Hasil kerja Syahmer.

Persiapan Karnival Prasekolah


Hari ini saya dan PPM telah bersama-sama menyiapkan tempat untuk Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Karnival Prasekolah Zon 6 Daerah Batang Padang yang bakal berlangsung esok, 10 Oktober 2009.
Jadi juga Karnival tahun ini...entah bagaimanalah keadaan murid saya esok. Saya akan rakamkan aksi mereka esok. Doakan kejayaan kami pada hari esok!

Khamis, 1 Oktober 2009

Tempat Makan Murid


Dalam bulan puasa hari itu, prasekolah Seri Pagi mendapat peruntukan untuk membuat tempat makan murid. Habis tanaman bendi kami kene pindah kerana mereka nak buat tempat makan murid di bahagian depan. Kami beria la ingatkan buat di belakang kerana bagi kami bahagian belakang lebih strategik. Nak buat macam mana kan...waktu tu pula pokok bendi tengah rancak nak mengeluarkan hasil setelah hampir dua bulan di tanam. Ni la gambar tempat makan murid yang telah siap. Semalam diaorang dah pasang lampu dan kipas. Cuma meja makan murid belum ada dan tiang-tiang belum di cat.



 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012