Ahad, 24 Mei 2009

LDP Pengurusan Prasekolah


23 Mei 2009 saya telah menjadi fasilitator untuk LDP di sekolah saya. Diharapkan guru-guru sekolah saya dapat maklumat mengenai prasekolah selepas saya membentangkannya dalam LDP. TQ pada GB yang beri kepercayaan pada saya tuk buat LDP.


Nie la fasilitatornye...saya la tu hahahaha.


Guru-guru perempuan sedang mendengar ceramah saya.


GB saya ( baju merah ) n GPK HEM ( baju pink ) turut serta mendengar LDP.


Ni pula group guru lelaki yang tengah mendengar ceramah saya.

Macam tu la suasana ketika LDP Pengurusan Prasekolah. Saya juga sempat menunjukkan blog saya pada semua guru. Dapat la ucapaan tahniah. Em habis slot LDP saya, kami dok buat LDP Pembinaan Blog pula. Semangat cikgu-cikgu nak buat blog sendiri. bagus,bagus,bagus...

Jumaat, 22 Mei 2009

Topeng Buah-Buahan Import


Hari ni kami d prasekolah buat topeng buah-buahan import. Hehehe kiranye nak mempraktikkan apa yang telah diajar pada kursus yang tela saya hadiri. Em murid saya sangat seronok. Em ada juga murid saya yang mengadu tak nak buat cantik-cantik sebab takut saya simpan hasil kerja mereka. Bertuah sungguh...jadi hari ni saya pun benarkan semua murid membawa hasil kerja masing-masing. Jom tengok hasil kerja anak-anak saya...


Mana satu topeng yang cantik ? Terpulang pada anda menilainya...

Kursus Pembinaan Bahan PnP Prasekolah Daerah Batang Padang


Tarikh : 19 hingga 20 Mei 2009
Tempat : PKG Tapah Road

Hari Pertama ( 19 Mei 2009 )
Penceramah : Pn Umaimah ( Pensyarah IPG Kampus Ipoh )

Slot 1 : Sesi perkenalan bersama guru-guru.
Slot 2 : Perbincangan isu penggunaan bahan bantu mengajar di prasekolah.
Slot 3 : Pembinaan bahan pengajaran n pembelajaran.


Nie bahan yang saya bina. Ble digunakan untuk tema Pakaian dan Diri Saya.
Murid ble menampal setiap bahagian pakaian pada gambar.

Slot 4 : Pembinaan Topeng

Nie bahan asas nak bina topeng iaitu menggunakan yellow paper. Bahan lain adalah paper plate, gam , gunting dan kad manila.


Proses menyiapkan topeng masing-masing


Nie la hasil kerja saya. Simple jer...



Ini la antara hasil kerja yang telah siap dan dipamerkan.

Hari Kedua ( 20 Mei 2009 )
Penceramah : En Zamhuri B Tasir ( Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Perak )

Em hari kedua lebih banyak tutorial. Nak gna laptop pn tak ble coz PKG ni baru lagi. Wireless tak de.. Jadi dengar je la ceramah tentang Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Mana yang ok boleh la diterapkan dalam pnp prasekolah.

Macam tu le kisah guru prasekolah g kursus...

Khamis, 14 Mei 2009

Nyanyian : Healthy Fruits


Our theme this week is Local Fruits. My pupils sing this song. They are very happy. Lets see they sing the song.



Healty Fruits

Water melon,
Water melon,
Papaya,
Papaya,
Rambutan and ciku,
Rambutan and ciku,
Healthy fruits,
Healthy fruits.

( Tune : Are You Sleeping )

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu



Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu. Em tahun nie tahun pertama saya sambut hari ibu bersama suami tersayang Saiful Fazli n anak perempuan saya Anaqah Amjad.

Sabtu, 9 Mei 2009

Power Point : Teka Bunyi Haiwan


Salam,ni saya upload kan slide show ppt saya untuk di kongsi bersama kengkawan. Tq pada kak g yang minta uploadkan bhn ni. Kak g memang best. Em...cuba la. Cuma perlu klik pada kotak berwarna, murid akan dengar bunyi dan bersoaljawab tentang bunyi tersebut. Untuk jawapan yang betul, guru klik pada kotak tanda soal. Gambar akan keluar...Selamat mencuba.
http://www.sendspace.com/file/ng41vz
Di sini saya lampirkan contoh paparan...[tq atas komen kak g hehehe]







Selamat mencuba.....

Hari Ibu


Ahad ini kita semua akan menyambut hari ibu. Murid Prasekolah saya juga tidak ketinggalan untuk menyambutnye. Kami membuat kad ucapan hari ibu kahs buat ibu yang tersayang.


Bahan : kad manila, gunting, gam, gambar dan glitter.


Warnakan gambar dulu...


Kemudian, guntingkan gambar.


Tampal gambar pada kad manila. Tampal atas sikit tau sebab nak letak ayat di bawahnya.


Tampal pula ayat "Selamat hari Ibu".


Tampal pula untuk bahagian ucapan.


Macam ni la rupa kad nye. Tapi belum siap lagi tau...


Letakkan glitter pada ayat "selamat hari ibu". Ayat itu pasti berkilat-kilat.


Inilah hasil kerja murid yang telah siap. Cantik kan ! Selamat Hari Ibu pada semua yang bergelar ibu. Mak...kak yang sayang mak...muah!
 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012