Ahad, 22 November 2009

Keputusan PGSR


Nampaknya tahun ni tak ade rezeki lagi untuk sambung belajar. Semalam semak keputusan PGSR tak dapat juga lagi tahun ni. Em sedih juge bila tak dapat tapi tak apa lah. Lain kali cuba lagi.

Gambar Akhir Tahun


Em sebelum pulang kami bergambar bersama-sama. Tamat lah sudah sesi persekolahan 2009. Tahun depan yang 6 Tahun akan meneruskan pembelajaran di Tahun 1 dan yang 5 Tahun akan sambung lagi pelajaran di prasekolah. Selamat bercuti panjang !


Bergambar bersama Cikgu Zila


Bergambar bersama PPM ( Kak Ani ).

p/s : Murid yang hadir cuma 16 orang je. Yang lain dah cuti awal...

Jumaat, 20 November 2009

Retak


Salah satu tiang kecil kat ruang makan prasekolah saya telah retak. Tak tahu lah bagaimana boleh retak. Laporan telah dibuat pada Guru Besar dan beliau akan menelefon semula kontraktor kerana bangunan ini masih dalam tempoh jaminan... Diharap pihak yang bertanggungjawab akan membaikinye segera. Terima kasih.


Khamis, 19 November 2009

Hadiah Kenangan


Hari ni saya dapat hadiah kenangan daripada anak murid yang boleh dikira sebagai murid yang aktif dan lasak dalam kelas. Sebulan yang lalu ada dia memberitahu saya nak beri cikgu hadiah kenangan...tapi saya buat tak endah je. Saya senyum je bila dia cakap macam tu. Tak sangka semalam saya betul-betul dapat hadiah kenangan itu. Bukan je tuk saya, untuk PPM dan anak dara saya, Anaqah Amjad pun ada juga. Apapun terima kasih cikgu Zila ucapakan pada Akmal atas hadiah kenangan itu. Nak tengok hadiahnye?


Inilah hadiahnye.

Ahad, 8 November 2009

Layang-layang Kertas


Untuk tema Permainan, kami di prasekolah Seri Pagi membuat kraf layang-layang kertas. Jom lihat cara nak buat dan jika rajin ble le buat sendiri bersama anak-anak murid di kelas kite ek.


Bahan asas : Lidi, kertas warna, gunting, benang dan kertas keras bentuk segi empat sama.


Tekap kertas keras segiempat sama pada kertas warna.


Guntingkan ikut garisan. Tengok murid ketika menggunting. Nanti lain pula yang digunting.


Dah siap gunting bentuk segiempat sama. Murid mudah nak buat sebab dah tahu nak trace bentuk.


Lipat jadi bentuk segitiga. Em lipat sehingga dapat 2 kali bentuk segitiga.


Guningkan muncung atas segitiga itu. Gunting skit je tuk buat lubang.


Ambil lidi dan lekatkan pita pelekat ikut garisan tengah kertas macam gambar di atas.


Lekatkan lagi satu lidi bersilang. Pastu ikat le tali/benang pada penjuru layang-layang macam kite lekatkan lidi tadi. Imbangkan tali/benang tu kemudian tengahnye ikatkan benang pula tuk tali layang-layang...


Ni contoh layang-layang Syahmer yang dah siap... Untuk hiasan, ble le buatkan ekor layang-layang gunakan kertas warna lain.


Hasil kerja Hanisah, siap ade tampal bentuk hati lagi.


Hasil kerja Shaqila pun ade bentuk hati. Agaknye lambang layang-layang budak pompuan la kot.

Selamt mencuba dan jumpa lagi.

Ahad, 1 November 2009

Makan KFC


Seperti yang dijanjikan saya telah membawa 8 orang murid Prasekolah ke Restoran KFC di Tanjung Malim hari ini. Kami g dalam pukul 11 pagi. Kiranye nak g makan tengah hari le. Murid-murid dah tunggu kat sekolah seawal mungkin. Kelihatan semuanye berwajah ceria. Seronok nak g makan KFC. Sebelum pergi dulu ada yang dah tanye, Tanjung Malim tu jauh ke cikgu. Alahai, sedihnye dengar. Itu baru ke Tanjung Malim, belum legi masuk ke Restoran KFC. Itu yang membuatkan saya dan PPM nak juge bawa mereka ke Restoran KFC. Biar mereka merasa makan di restoran sebegitu. Dalam perjalanan, sempat juge bertanya pada murid-murid berapa kali pernah pergi ke KFC, ada sorang murid tu kata inilah pertama kali dia nak g KFC. Sayu hati mengdengarnye... Tak apalah...apa pun ceritanye, yang penting murid gembira hari ini. Melihat mereka seronok, ceria dan gembira membuatkan saya gembira. Inilah penghargaan saya hasil kejayaan mereka.


Murid tengah menunggu makanan. PPM dan my lovely hubby tengah dok agihkan ayam goreng dan air...Yummy!!!


Senyum....macam tak sabar nak makan jer. Sabor !

Program RIMUP dan Hari Kanak-kanak


Hari Jumaat ( 30 Okt 2009 ) sekolah kami telah mengadaka Program RIMUP dan Hari Kanak-kanak bersama dengan SJKT Ladang Cluny. Murid prasekolah juge terlibat dengan acara sukaneka dan juge persembahan. Kami buat je persembahan tarian rampai tradisional yang kami menang hari tu...hehehe. Mana sempat nak latih...Ok la tu, daripada takde kan


Murid berkumpul di tapak perhimpunan...Ni semua tengok belakang coz tetamu dah sampai iaitu guru-guru dan murid-murid dai SJKT Ladang Cluny. Selamat datang...


Slot pagi dipenuhi dengan acara sukaneka. Yareba...lari....


Anak muridku membuat persembahan...siap dapat tepukan gemuruh lagi...hahahah


Persembahan tarian india oleh murid SJKT Ladang Cluny. Macam tengok filem tamil lak. Kelas gitu....


Penyampaian hadiah untuk Tokoh Kanak-kanak iaitu Nur Hanis Shahirah. Yeh dapat hadiah....

Begitulah majlis Hari Kanak-kanak di sekolah kami. Majlis sederhana tetapi meriah. Anak murid gembira sebab dapat hadiah. Murid dapat guru pun dapat....Tq.

Ruang Makan Baru


Akhirnye siap juga tempat makan murid prasekolah. Sebenarnye dah lebih kurang dua minggu siap tapi saya dan PPM tak sempat lagi buat apa-apa sebab sibuk degan persiapan karnival. Lagi pula meja makan baru je Pak Ibrahim tolong siapkan. 2 hari saya balik lambat dok membalut meja makan dan lekatka renda...baru cantik...So hari ni ( Khamis ) murid-murid merasmikan tempat makan baru....



Murid sedang menikmati makanan. Yummy !!!


Makan ke posing ? Seronoknye dapat makan kat luar ek...


Kak Ani ( PPM ) tengah melayan murid yang nak menambah makanan. Tambah jangan tak tambah. Makan biar kenyang.
 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012