Isnin, 26 April 2010

Projek Tanam Sayur Siri 2


Hari ini murid-murid menanam biji benih sayur. Bersemangat sungguh mereka nak bercucuk tanam. Pagi-pagi lagi dah bertanya bila nak tanam sayur...


Baru selesai tanam terung.


Murid lelaki pilih tanam sayur sawi.


Murid perempuan pula nak sayur bayam.



Siram sayur!

Apa pun murid sangat seronok dengan aktiviti ini. Murid juga di pesan supaya menyiram pokok sayur mereka setiap pagi. Tak sabar nak tunggu hasilnya...

Ahad, 25 April 2010

Projek Tanam Sayur Siri 1


Sabtu lepas murid bergotong-royong membersihkan kawasan belakang prasekolah untuk tapak tanaman sayur kami. Nak berbudi kepada tanah le pulak...Murid sangat teruja dan seronok buat aktiviti ni.


Murid lelaki sedang mencangkul, merumput dan menyusun batu.


Murid perempuan yang berenam ni tengah menggembur tanah dalam pasu...


Apa tu Aiman? Ada semut masuk baju ke?

Em hari ni kami bersihkan kawasan dan buat batas je. InsyaAllah hari Isnin nanti kami akan mula menanam sayur. Em tak sabarnye! Tunggu aksi dalam siri 2 pulak. Bye!

Jumaat, 23 April 2010

Pertandingan Isi Air Dalam Botol


Hari ini saya adakan pertandingan isi air dalam botol dengan menggunakan sudu. Oleh kerana murid ada yang tak bawa botol, saya buat aktiviti kumpulan. Mujur juga dah buat persediaan...cikgu bawa botol sendiri..tapi yang besar punya...kikiki. Saya tetapkan masa selama lebih kurang 20 minit untuk aktiviti ini. Kumpulan yang berjaya mengisi air dalam takat yang tertinggi adalah juara...


Kumpulan Azlia dan Kumpulan Hakim sudah bersedia.


Kumpulan Maisarah dan Kumpulan Aiman juga sudah sedia.


Pritttt...mula !


Apa yang penting...kerjasama!


Dah nak penuh ni...bakal juara. Cepat...cepat..cepat..Hadiah menanti juara !


Kumpulan Azlia juara pertandingan hari ini. Gaya juara. Senyum lebar sambil terbayang hadiah le tu.....


Tempat kedua...Haziq basah kuyup !


Tempat ketiga. Senyum le skit...


Tempat ke 4. Em lain kali perlu lebih kerjasama tau!

Khamis, 22 April 2010

Birthday Luqmanul Hakim


Birthday Luqman yang ke 6. Semoga panjang umur, murah rezeki dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Pagi tadi ayahnye bawa kek kat sekolah untuk sambut bersama kawan-kawan...


Kek Birthday Luqman. Belum potong kek lagi..tapi kawan yang lain dah nak coklat dan bunga yang ade atas kek tu. Emm...macam mana ni Luqman?


Luqman dah sedia nak potong kek ni...Yummy!


Kawan-kawan ni nyanyi ke tak? Macam nak terkam kek tu je...








Selasa, 20 April 2010

Persembahan Senamrobik Prasekolah


15 April 2010 SK Ulu Slim telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan. Murid Prasekolah juga menyertainya untuk acara sukaneka. Murid prasekolah juga di minta untuk membuat persembahan senamrobik pada hari itu... Jom tengok.


Ahad, 11 April 2010

Baju Uniform Tahun 2010


Baju uniform tahun ni dah siap hujung bulan Mac. Warna tema yang ibu bapa pilih adalah warna ungu. Ingatkan senang nak cari...tapi bile g kedai kain, susahnye nak dapatkan stok kain warna ungu...Tapi akhirnye dapat juga siap dan di pakai oleh anak murid saya.


Baju uniform murid lelaki.


Baju uniform murid perempuan.

Khamis, 8 April 2010

Kad Perkataan Corak Daun


Dalam proses menghias kelas...saya buat kad perkataan KVKV dalam bentuk daun..print dan laminatedkan kemudian tampal pada mural pokok atau model pokok. Nanti ble dah siap saya upload kan gambar tuk kawan-kawan ek....
Klu kawan-kawan ade Foxit Reader, ble le edit tuk perkataan lain pula. Selamat menghias kelas....
Nak bahan ni..boleh download pada ruangan download.

Corak Bentuk


Aktiviti yang mudah di samping dapat mengenalkan bentuk pada murid-murid. Mula-mula, guru boleh kenal kan bentuk asas seperti segitiga, bulatan dan segiempat...pastu masukkan le bentuk star, heart dan lain-lain yang murid tahu. Guru ble minta murid trace bentuk pada kad manila kemudian gunting. Ataupun guru boleh buat bentuk tu siap-siap...kemudian, murid ambil krayon dan warna sekeliling bentuk. Gunakan jari unuk serakkan warna krayon menghala keluar. Pastu kita akan dapat lihat hasilnye yang cantik.

Antara hasil kerja anak murid :


Hasil kerja Megat yang cantik...tapi sebenarnye teacher dia yang tolong.


Hasil kerja Haziq..apa je bentuk dia nak. Tapi minta PPM yang buatkan..alasannye tak pandai buat.


Hasil kerja Hamim.


Hasil kerja Lukman Lil Hakim.

Ahad, 4 April 2010

Slide For Vowel ( a,e,i,o,u )












Anda boleh mendownload bahan ini diruang Download Bahan.

Lencana Prasekolah KPM


 

PRASEKOLAH SERI PAGI Copyright © 2009-2012